Thursday, April 14, 2011

Presiden NUJ didapati salah hina Utusan

April 14, 201

KUALA LUMPUR, 14 April — Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari didapati salah terhadap lapan tuduhan memburuk-burukkan majikannya Kumpulan Utusan, yang dimiliki Umno.

Beliau berkata hukuman akan diputuskan oleh pengurusan kanan dan dijangka diketahui dalam dua minggu.

“Saya bersedia untuk menghadapi (keadaan) paling buruk,” katanya.

Sehingga tempoh itu, wartawan kanan ini akan kekal sebagai pekerja Kumpulan Utusan walaupun telah digantung sejak 11 Januari lalu sementara menunggu keputusan panel siasatan dalaman.

“Saya serahkan kepada pihak atasan untuk memutuskan, tetapi saya tidak tahu apa nak kata,” apabila ditanya mengenai hukuman yang bakal diterimanya nanti.

“Saya akan menerima apa sahaja keputusan kerana saya bukan orang yang akan membuat keputusan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Keputusan panel siasatan dalaman itu diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa siasatan Mohd Basir Abdul Rahim bersama Pengerusi NUJ-Utusan Taufik Razak dan ahli majlis eksekutif Hayat Sueet.

Hata dituduh menghina pengurusan Kumpulan Utusan, yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan KOSMO melalui siri kenyataan beliau yang disiarkan dalam portal berita antara 21 September dan 14 Oktober lalu.

Beliau juga dituduh kerana meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap editor akhbar kerana mengeluarkan laporan-laporan bersifat perkauman.

Hata juga dipersalahkan kerana menyebabkan penurunan penjualan akhbar itu kerana menolak laporan yang bersifat retorik perkauman.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Hata mempunyai rancangan lain sekiranya dipecat.

Beliau telah mengumumkan untuk menerbitkan Utusan Rakyat dan telah menyampaikan rancangan baru itu kepada PKR dan Umno, sambil menambah akhbar itu tidak akan berpihak mana-mana parti.

Hata kemudian memilih untuk menerbitkan Harian Malaysia, sebuah akhbar elektronik yang mana beliau bekerja dengan abangnya seorang pereka grafik tapi menegaskan, ia masih dalam proses.

Tindakan sama turut pernah dikenakan terhadap Ketua cawangan NUJ Amran Ahmad, juga wartawan Utusan Malaysia, yang dipecat pada September 2009.

Umno mengambil alih hak pemilikan akhbar berbahasa Malaysia itu pada 1961, Hata berkata ia masih boleh mencapai objektif dan menjadi akhbar yang berkredibiliti.

Thursday, April 7, 2011

Kesatuan kastam mesyuarat bincang kematian Sarbani

Salhan K Ahmad
Apr 7, 117:02pm
Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPSM) akan mengadakan satu mesyuarat tergempar ekoran kematian salah seorang anggotanya ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang pengerusi cawangan kesatuan itu, Ja'apar Mansor berkata mesyuarat itu juga antara lainnya akan membincangkan faktor keselamatan anggotanya ketika mengikuti siasatan SPRM.


"Kita akan bincangkan dan lihat apa pandangan anggota exco dalam mesyuarat," kata Ja'apar yang merupakan pengerusi KPKSM Cawangan Kuala Lumpur.

Katanya, mesyuarat itu diadakan ekoran insiden melibatkan seorang pegawai kanan kastam, Ahmad Sarbani Mohamed semalam ketika berada di sebuah premis SPRM.

Ahmad Sarbani ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan suruhanjaya itu di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pagi semalam.Pembantu pengarah di pejabat JKDM Selangor itu berada di pejabat SPRM berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Mengulas lanjut, Ja'apar berkata mesyuarat berkenaan akan turut disertai oleh pemimpin Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Mesyuarat berkenaan akan diadakan esok di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya.
http://www.malaysiakini.com/news

Kesatuan Kastam sangsi Sarbani pergi ke SPRM tanpa dipanggil

KUALA LUMPUR, 7 April — Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia sangsi seorang penolong pengarah agensi itu yang ditemui mati dipercayai jatuh di premis SPRM WIlayah Persekutuan pagi semalam akan pergi ke pejabat agensi antirasuah itu tanpa diarah berbuat demikian.

Sehubungan itu, Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan.

Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

“Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.

Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan.

“Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi),” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan.

“Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat,” katanya lagi.

Ibrahim yang bulan lalu patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, Johor Baru berkata, beliau tidak mempertahankan mereka yang melakukan rasuah tetapi mahu SPRM bertindak secara profesional khususnya dalam hal berkaitan dengan Operasi 3B.

“Salah tetap salah, tetapi cara siasatan (dijalankan) kena profesional,” katanya yang turut mempersoalkan cara pihak berkenaan menjalankan Operasi 3B.

“Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, kini berlaku pada pegawai Kastam... perkara ini tidak logik,” katanya lagi.

Difahamkan pada malam sebelum Ahmad Sarbani pergi pejabat SPRM, Allahyarham telah bermain tenis di kawasan kuarters Kelana Jaya dan memaklumkan rakan-rakannya bahawa ada menerima arahan supaya datang ke pejabat SPRM pada keesokan pagi.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad yang ditemui di kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi (kelmarin) dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada sidang media semalam, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya. http://www.themalaysianinsider.com

Tuesday, January 11, 2011

Khuatir Dengan Cabaran Kecil Tetapi Tak Takut Cabaran Yang Lebih Besar?

Gerakan pekerja kini kelihatan lesu. Ada kecenderungan para pemimpin pekerja untuk terus berada di zon selesa daripada menghadapi cabaran baru yang sebenarnya untuk memastikan kelangsungan perjuangan mereka. Tahukah anda hakikatnya dengan perjuanganlah yang menyebabkan anda penting di kedudukan sekarang?

'Buat apa susah-susah nak kempen gaji minima, nanti kita juga yang susah nak cadangkan set gaji masa CA nego nanti, bukan sikit nak kira tu, gaji kita pun dah lebih tahap minima tu hasil kerja dua puluh tahun'

'Nak joint national union? cukup la dengan in-house union ni, dapat handle kursus, solat hajat dan program sukan ahli pun dah kira bagus'

'Kalau union besar-besar belum tentu kita jadi pemimpinnya'

'Aku senang dengan orang-orang kita saja'

Wednesday, May 13, 2009

Sunday, April 5, 2009

SERTAI MAY DAY BERSAMA MTUC

PESANAN BUAT SEMUA WARGA PEKERJA

MEMO MTUC

LOKASI MAY DAY 2009