April 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 April — Terdapat majikan yang belum menyelaraskan gaji minimum pengawal keselamatan mereka kerana masalah pengurusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.
KUALA LUMPUR, 26 April — Terdapat majikan yang belum menyelaraskan gaji minimum pengawal keselamatan mereka kerana masalah pengurusan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam.BESUT, 26 April — Kementerian Pertahanan sedang meneliti skim gaji baru anggota tentera untuk semua peringkat sesuai dengan transformasi yang sedang dilaksanakan kepada bidang ketenteraan secara menyeluruh.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata skim baru itu dirangka sebagai pengiktirafan kepada bidang ketenteraan yang sekurang-kurangnya diharapkan dapat menyamai skim gaji penjawat awam di lain-lain kementerian.
Laporan Berita Online memetik beliau berkata, oleh kerana terdapat pegawai bertaraf profesional dalam angkatan tentera seperti juruterbang, jurutera, pegawai perubatan dan pelbagai bidang lain maka sewajarnya skim gaji baru dirangka sebagai pengiktirafan kepada golongan ini.
“Hampir separuh daripada anggota tentera terbabit dalam bidang profesional dan teknikal, jadi patutlah gaji anggota tentera tidak dibiarkan ketinggalan jauh berbanding profesional yang berada di luar kerajaan,” katanya di sini.
Zahid berkata langkah untuk memperkenalkan skim gaji baru itu juga adalah bagi memastikan golongan profesional dalam angkatan tentera tidak mudah mengambil tindakan meninggalkan bidang kerja mereka semata-mata untuk mengejar gaji yang lebih baik di luar.
“Sekiranya berlaku sedemikian, ia akan merugikan kerajaan bagi mendapatkan pengganti yang berpengalaman untuk angkatan tentera kita,” katanya.
Menurutnya, satu draf mengenai skim itu akan dikemukakan kepada kerajaan tahun ini yang ia turut tidak mengecualikan pegawai peringkat bawahan.
April 14, 201
KUALA LUMPUR, 14 April — Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari didapati salah terhadap lapan tuduhan memburuk-burukkan majikannya Kumpulan Utusan, yang dimiliki Umno.
Beliau berkata hukuman akan diputuskan oleh pengurusan kanan dan dijangka diketahui dalam dua minggu.
“Saya bersedia untuk menghadapi (keadaan) paling buruk,” katanya.
Sehingga tempoh itu, wartawan kanan ini akan kekal sebagai pekerja Kumpulan Utusan walaupun telah digantung sejak 11 Januari lalu sementara menunggu keputusan panel siasatan dalaman.
“Saya serahkan kepada pihak atasan untuk memutuskan, tetapi saya tidak tahu apa nak kata,” apabila ditanya mengenai hukuman yang bakal diterimanya nanti.
“Saya akan menerima apa sahaja keputusan kerana saya bukan orang yang akan membuat keputusan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Keputusan panel siasatan dalaman itu diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa siasatan Mohd Basir Abdul Rahim bersama Pengerusi NUJ-Utusan Taufik Razak dan ahli majlis eksekutif Hayat Sueet.
Hata dituduh menghina pengurusan Kumpulan Utusan, yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan KOSMO melalui siri kenyataan beliau yang disiarkan dalam portal berita antara 21 September dan 14 Oktober lalu.
Beliau juga dituduh kerana meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan terhadap editor akhbar kerana mengeluarkan laporan-laporan bersifat perkauman.
Hata juga dipersalahkan kerana menyebabkan penurunan penjualan akhbar itu kerana menolak laporan yang bersifat retorik perkauman.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Hata mempunyai rancangan lain sekiranya dipecat.
Beliau telah mengumumkan untuk menerbitkan Utusan Rakyat dan telah menyampaikan rancangan baru itu kepada PKR dan Umno, sambil menambah akhbar itu tidak akan berpihak mana-mana parti.
Hata kemudian memilih untuk menerbitkan Harian Malaysia, sebuah akhbar elektronik yang mana beliau bekerja dengan abangnya seorang pereka grafik tapi menegaskan, ia masih dalam proses.
Tindakan sama turut pernah dikenakan terhadap Ketua cawangan NUJ Amran Ahmad, juga wartawan Utusan Malaysia, yang dipecat pada September 2009.
Umno mengambil alih hak pemilikan akhbar berbahasa Malaysia itu pada 1961, Hata berkata ia masih boleh mencapai objektif dan menjadi akhbar yang berkredibiliti.