Wednesday, December 10, 2008

Memo Bantah Kurang KWSP

'kami setuju Kerajaan mahu jana ekonomi negara tapi bukan dengan cara selamatkan saham syarikat kroni'

'kami bukan ada pencen seperti kakitangan awam, potongan ini menjejaskan tabungan masa depan kami'

'sepatutnya orang yang mahu dikurangkan potongannya yang harus mengisi borang, tiada respon bermakna kekal 11%'

'kalau kita minta faedah untuk penyimpan, mengapa terlalu susah, tapi kalau kepada kroni, mengapa senang saja diluluskan?'

'kurang potongan KWSP bermakna kadar cukai pendapatan kita akan meningkat'

Begitulah kedengaran kata-kata ahli dan pemimpin kesatuan pada hari ini. Pagi 3hb Disember, 08 menghimpunkan lagi kesatuan dalam penyerahan memorandum bantahan kepada Kementerian Kewangan atas isu pengurangan caruman KWSP pekerja dari 11% kepada 8%. Penyerahan diketuai Presiden MTUC dan diiringi oleh Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Naib-Naib Presiden, pemimpin dan ahli-ahli kesatuan.

Hanya pegawai wakil saja yang dapat menerima memo tersebut atas keuzuran pak Menteri.

Tuesday, December 9, 2008

Perjumpaan Singkat Yang besar Ertinya

Khalid(berkaca mata, berkemeja merah, berjaket hitam,
pertama dari kanan, penuh semangat)



'ada satu khabar angin yang sangat hangat di Malaysia terutama dalam sebaran email, yang mengatakan bahawa pelukis Denmark yang melakarkan wajah Nabi SAW dan imej khinzir tersebut telah mati terbakar. Benarkah begitu?', saya bertanya Muhammad Khalid.

'tidak saudara, dia masih sihat wal 'afiat. Cuma dia hidup dalam ketakutan, walaupun mendapat kawalan ketat pihak polis'.

Itulah sedikit perbualan antara saya dan Muhammad Khalid, seorang komiti dalam 3F (The United Federation Of Danish Workers, www.3f.dk/english ), kesatuan terbesar di Denmark, semasa kami dipertemukan dalam lawatan kesatuan ke kilang automotif KIA Motor di Korea. Khalid merupakan salah seorang muslim yang menjadi komiti dalam 3F. Beliau berkerakyatan Denmark dan keturunannya adalah dari Morocco. Seperti mana beliau, saya juga bersyukur kerana dapat bertemu dengan orang Islam di bumi Korea ini.

Semoga pertemuan kami ini bukan untuk kali yang pertama dan yang terakhir.

Zam