Sunday, March 11, 2012
RAKYAT MARHAEN: Anwar: Pemimpin Perlu Amanah
RAKYAT MARHAEN: Anwar: Pemimpin Perlu Amanah: KUALA SELANGOR 11 MAC : Pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat seharusnya menjalankan tanggungjawab mentadbir dan mengurus dengan cekap d...
Monday, December 19, 2011
wokersonblog.blogspot.com: Akta Kerja: Gabungan MTUC serius mahu bawa undi ta...
wokersonblog.blogspot.com: Akta Kerja: Gabungan MTUC serius mahu bawa undi ta...: Oleh G Manimaran December 19, 2011 KUALA LUMPUR, 19 Dis — Kesatuan-kesatuan gabungan berpendirian tegas mahu membawa usul undi tidak perc...
Saturday, November 5, 2011
Wacana Pekerja: wokersonblog.blogspot.com: Nasib tiga pemimpin kes...
Wacana Pekerja: wokersonblog.blogspot.com: Nasib tiga pemimpin kes...: wokersonblog.blogspot.com: Nasib tiga pemimpin kesatuan sekerja terbela selep... : 04/11/2011 7:03pm KUALA LUMPUR 4 Nov . – Nasib tiga bek...
Thursday, October 13, 2011
wokersonblog.blogspot.com: WHY MTUC DECLARED A NATIONWIDE PICKETS?
wokersonblog.blogspot.com: WHY MTUC DECLARED A NATIONWIDE PICKETS?: Malaysian Trade Union Congress Proposal on the Employment Act BILL 2011 Short title and commencement Section Amendment on BILL MTUC ...
Wednesday, June 15, 2011
Friday, June 10, 2011
HIMPUNAN PEKERJA DI PARLIMEN MENUNTUT AKTA GAJI MINIMA
| Tuesday, 07 June 2011 | |
JERIT akan menganjurkan satu himpunan wakil pekerja di Parlimen minggu depan demi mendesak kerajaan mengubal AKTA GAJI MINIMA segera. Ini adalah kerana , harga barangan terus naik, bayaran kemudahan asas naik , maka kos hidup meningkat tetapi gaji pekerja tetap sama. Adakah ini adil ? Pekerja nak makan apa kalau harga barangan meningkat dan gaji tidak meningkat ? Lagipun , kerajaan cuba lari dari tanggungjawab dengan mengubal Akta Majlis Konsultasi Gaji dan bukannya terus Akta Gaji Minima. Kami di JERIT merasakan ini adalah satu sandiwara dan gimik pilihanraya. Maka demi menekankan yang Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima, wakil pekerja dari JERIT akan berhimpun di Parlimen untuk memberi memorandum kepada kerajaan. Butir-butir program adalah seperti berikut : Tarikh : 15/6/2011 Tempat : Parlimen Masa : 10.30 pagi Sila turun beramai -ramai untuk menyokong tuntutan Akta Gaji Minima ini. Untuk maklumat lanjut hubungi 019-6693412 . HARGA BARANG NAIK ! GAJI BILA LAGI ? PEKERJA MENUNTUT AKTA GAJI MINIMA ! Kohila SEKRETARIAT JERIT |
Thursday, June 9, 2011
HABIS, APA YANG ADILNYA?
Menteri: Cadangan mogok pengusaha lori tak adil

http://www.malaysiakini.com
Tindakan sesetengah pihak yang mahu melancarkan mogok ekoran pemansuhan diesel super subsidi untuk lori komersial oleh kerajaan 1 Jun lalu boleh dianggap sebagai tidak adil kepada kerajaan kerana sebelum pemansuhan itu para pengusaha lori sudah lama menikmati
keuntungan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata walaupun super subsidi ditarik balik, sebenarnya kerajaan masih menanggung subsidi melalui diesel biasa dengan nilai subsidi kira-kira RM1.Menurut beliau, dahulu para pengusaha lori komersial membayar RM1.48 sen seliter melalui diesel super subsidi tetapi kini mereka perlu membayr RM1.80 seliter di mana kerajaan memberikan subsidi pada sebahagian harganya.
"Mereka perlu sedar bahawa, walaupun kerajaan menarik balik super subsidi kepada mereka, kerajaan masih memberikan subsidi RM1 setiap liter, bukan bermakna kerajaan tarik sepenuhnya. Jika ditarik semua, mereka akan membayar RM2.80 sen seperti yang dibayar pihak industri ketika ini.
"Jadi, ancaman kepada kerajaan untuk boikot dan mogok adalah `very uncall for' ... tak munasabah langsung. Selama lima tahun sudah mereka menikmati hasil daripada faedah yang diberikan kerajaan kepada mereka, tiba-tiba dalam waktu ini mereka nak mogok, ini satu tindakan yang tidak baik, eloklah difikirkan semula,"
katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Akademi Peruncitan di Maktab Kerjasama Malaysia di Petaling Jaya hari ini, Ismail Sabri berkata beliau tidak berupaya menghalang pihak tertentu untuk melakukan mogok.Menurut beliau, perkara itu jika hendak dilakukan biarlah mengikut undang-undang kerana di Malaysia, walaupun bebas bersuara negara ada undang-undang.
"Negara ini negara yang bebas untuk mereka melakukan apa sahaja, jadi terserahlah. Kalau nak demonstrasi lebih daripada lima orang mereka kena dapatkan permit polis, negara kita bebas tapi ada undang-undang, saya tak boleh nak sekat kepada sesiapa apa mereka nak buat, terserahlah," katanya.
Kerajaan telah memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati lori komersial kerana beranggapan hanya kenderaan individu dan kenderaan berkepentingan orang ramai sahaja yang wajar menikmati kemudahan tersebut.
Super subsidi bagaimanapun dikekalkan kepada kenderaan yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti bas sekolah, teksi dan individu yang membeli enjin bot sangkut dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
